DEWAN KOMUNITI RANTAU
Tempat / Lokasi : GELANGGANG BADMINTON 2
GELANGGANG BADMINTON 2
Peraturan / Syarat-Syarat Fasiliti
SYARAT DAN PERATURAN TEMPAHAN GELANGGANG BADMINTON / TAKRAW DI DEWAN-DEWAN MILIK MBS
A. Bayaran Tempahan Gelanggang Badminton / Takraw1. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran tempahan gelanggang badminton / takraw dalam tempoh 5 hari selepas permohonan diluluskan oleh Pentadbiran Majlis. Sekiranya melebihi tempoh yang ditetapkan, permohonan akan terbatal
2. Bayaran boleh dikemukakan secara dalam talian atau tunai di Kaunter Perkhidmatan Majlis di Wisma MBS dan Pejabat Cawangan Nilai
B. Penggunaan Gelanggang Badminton / Takraw
1. Pentadbiran Majlis berhak untuk membatalkan tempahan pemohon atau mencadangkan gelanggang badminton / takraw lain (jika perlu) sekiranya gelanggang badminton / takraw yang telah ditempah tersebut akan digunakan untuk program rasmi kerajaan atau program lain yang dirasakan lebih mustahak. Pemohon berhak menuntut semula bayaran tempahan sepenuhnya daripada Pentadbiran Majlis
2. Pemohon hanya boleh menggunakan gelanggang badminton / takraw mengikut bilangan gelanggang yang telah dinyatakan dalam permohonan sahaja. Selain itu, pemohon juga hanya dibenarkan untuk menggunakan gelanggang tersebut mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
3. Pemohon hendaklah memastikan keseluruhan kawasan dewan terutamanya gelanggang badminton / takraw dan tandas ditinggalkan dalam keadaan yang baik dan bersih seperti sebelum penggunaan
4. Pemohon hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya ke atas semua harta benda peribadi sepanjang tempoh tempahan. Pemohon juga tidak boleh menuntut sebarang kehilangan atau kerosakan harta peribadi tersebut kepada Majlis
5. Pemohon hendaklah bertanggung jawab untuk memastikan tempahan gelanggang badminton / takraw tersebut tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam terutamanya penduduk sekitar
6. Pemohon tidak boleh membawa makanan / minuman yang tidak halal di dalam dewan
7. Pemohon tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa jenis haiwan di dalam dewan
8. Pemohon tidak boleh mengubah apa-apa struktur dan aset sedia ada dewan yang merangkumi kerja-kerja menambah struktur binaan, mengecat, memaku, mengalih kedudukan barang dan sebagainya tanpa kebenaran Majlis
Sekiranya pemohon tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan seperti di perkara B 1-8, Pentadbiran Majlis berhak mengambil tindakan tegas merujuk kepada aspek perundangan yang berkaitan atau lain-lain perkara yang dirasakan wajar
Catatan : Tertakluk Kepada Perubahan