DEWAN ORANG RAMAI KG. FELDA SENDAYAN

Tempat / Lokasi : BILIK MESYUARAT/UTILITI
Kapasiti : 10
BILIK MESYUARAT/UTILITI

Kadar Sewaan Fasiliti/Kemudahan

Buat tempahan
Kadar Sewaan
RM 50.00 / Jam

Peraturan / Syarat-Syarat Fasiliti


SYARAT DAN PERATURAN TEMPAHAN BILIK MESYUARAT DI DEWAN-DEWAN MILIK MBS
A. Bayaran Tempahan Bilik Mesyuarat

1. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran tempahan bilik mesyuarat dalam tempoh 5 hari selepas permohonan diluluskan oleh Pentadbiran Majlis. Sekiranya melebihi tempoh yang ditetapkan, permohonan akan terbatal

2. Bayaran boleh dikemukakan secara dalam talian atau tunai di Kaunter Perkhidmatan Majlis di Wisma MBS dan Pejabat Cawangan Nilai


B. Penggunaan Bilik Mesyuarat

1. Pentadbiran Majlis berhak untuk membatalkan tempahan pemohon atau mencadangkan bilik mesyuarat lain (jika perlu) sekiranya bilik mesyuarat yang telah ditempah tersebut akan digunakan untuk program rasmi kerajaan atau program lain yang dirasakan lebih mustahak. Pemohon berhak menuntut semula bayaran tempahan sepenuhnya daripada Pentadbiran Majlis

2. Pemohon hanya boleh menggunakan bilik mesyuarat tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam permohonan sahaja

3. Pemohon hendaklah memastikan bilik mesyuarat tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang baik dan bersih seperti sebelum penggunaan

4. Pemohon hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya ke atas semua harta benda peribadi sepanjang tempoh tempahan. Pemohon juga tidak boleh menuntut sebarang kehilangan atau kerosakan harta peribadi tersebut kepada Majlis

5. Pemohon hendaklah bertanggung jawab untuk memastikan tempahan bilik mesyuarat tersebut tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam terutamanya penduduk sekitar

6. Pemohon tidak boleh menyajikan makanan / minuman yang tidak halal di dalam bilik mesyuarat

7. Pemohon tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa jenis haiwan di dalam bilik mesyuarat

8. Pemohon tidak boleh mengubah apa-apa struktur dan aset sedia ada bilik mesyuarat yang merangkumi kerja-kerja menambah struktur binaan, mengecat, memaku, mengalih kedudukan barang dan sebagainya tanpa kebenaran Majlis

Sekiranya pemohon tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan seperti di perkara B 1-8, Pentadbiran Majlis berhak mengambil tindakan tegas merujuk kepada aspek perundangan yang berkaitan atau lain-lain perkara yang dirasakan wajar

Catatan : Tertakluk Kepada Perubahan