DEWAN ORANG RAMAI KG. FELDA SENDAYAN

Tempat / Lokasi : DEWAN ORANG RAMAI KG. FELDA SENDAYAN
Kapasiti : 250
DEWAN ORANG RAMAI KG. FELDA SENDAYAN

Kadar Sewaan Fasiliti/Kemudahan

Buat tempahan
Kadar Sewaan
RM 200.00 / Jam

Peraturan / Syarat-Syarat Fasiliti


SYARAT DAN PERATURAN TEMPAHAN DEWAN MILIK MBS
A. Bayaran Wang Cagaran Dan Tempahan Dewan

1. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran wang cagaran dalam tempoh 14 hari selepas permohonan diluluskan oleh Pentadbiran Majlis. Sekiranya melebihi tempoh yang ditetapkan, permohonan akan terbatal

2. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran tempahan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh tempahan

3. Bayaran boleh dikemukakan secara dalam talian atau tunai di Kaunter Perkhidmatan Majlis di Wisma MBS dan Pejabat Cawangan Nilai


B. Penggunaan Dewan

1. Pentadbiran Majlis berhak untuk membatalkan tempahan pemohon atau mencadangkan dewan lain (jika perlu) sekiranya dewan yang telah ditempah tersebut akan digunakan untuk program rasmi kerajaan atau program lain yang dirasakan lebih mustahak. Pemohon berhak menuntut semula wang cagaran dan wang sewaan sepenuhnya daripada Pentadbiran Majlis

2. Pemohon hanya boleh menggunakan dewan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam permohonan sahaja

3. Pemohon hendaklah memastikan dewan tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang baik dan bersih seperti sebelum penggunaan

4. Pemohon hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya ke atas semua harta benda peribadi sepanjang tempoh tempahan. Pemohon juga tidak boleh menuntut sebarang kehilangan atau kerosakan harta peribadi tersebut kepada Majlis

5. Pemohon hendaklah bertanggung jawab untuk memastikan tempahan dewan tersebut tidak menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam terutamanya penduduk sekitar

6. Pemohon perlu memastikan sampah-sarap yang berunsurkan sisa makanan dibuang di dalam plastik sebelum dibawa ke tong yang telah disediakan oleh Majls. Sampah sarap yang berunsurkan objek tidak boleh dibuang di dalam tong tersebut

7. Pemohon tidak dibenarkan untuk memasak dan membasuh apa-apa jenis peralatan di keseluruhan kawasan premis dewan

8. Pemohon tidak boleh menyajikan makanan / minuman yang tidak halal di keseluruhan kawasan premis dewan

9. Pemohon tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa jenis haiwan di keseluruhan kawasan premis dewan

10. Pemohon tidak boleh mengubah apa-apa struktur dan aset sedia ada dewan yang merangkumi kerja-kerja menambah struktur binaan, mengecat, memaku, mengalih kedudukan barang dan sebagainya tanpa kebenaran Majlis

Sekiranya pemohon tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan seperti di perkara B 1-10, Pentadbiran Majlis berhak untuk tidak mengembalikan semula keseluruhan wang cagaran tersebut

Sekiranya pemohon mempunyai tunggakan cukai taksiran atau kompaun atau apa-apa tunggakan bayaran lain dengan Majlis Bandaraya Seremban, Pentadbiran Majlis berhak menolak wang cagaran tempahan dewan tersebut sepenuhnya

Catatan : Tertakluk Kepada Perubahan